Month: November 2018

Tuhan Ada Di Sini

Sebuah plak di rumah kami tercatatnya ungkapan ini, “Berdoa atau tidak berdoa, Tuhan tetap hadir.” Dalam versi moden, ungkapan ini bermaksud, “Sama ada anda percaya atau tidak percaya kepada Tuhan, Dia hadir di sini.”

Saksi Yang Senyap

Amy tinggal di sebuah negara tertutup yang melarang pemberitaan Injil. Dia seorang jururawat terlatih yang bekerja di sebuah hospital besar, yang tugasnya ialah menjaga bayi yang baru dilahirkan. Dia seorang profesional yang bertanggungjawab dan mencapai kecemerlangan dalam pekerjaannya, dan ramai wanita ingin tahu mengenainya. Mereka terdorong untuk bertanyakan soalan-soalan secara sulit kepadanya. Pada waktu itulah, Amy akan berkongsi tentang Penyelamatnya secara terbuka.

Penolong yang Sejati

Selepas mengalami kecederaan tulang belakang yang menjadikan Marty lumpuh, dia mengambil keputusan untuk kembali ke sekolah dan mendapatkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Ibunya, Judy, membantu Marty mencapai matlamatnya. Ibunya duduk bersama dengan dia dalam setiap ceramah dan sesi belajar secara berkumpulan, menulis nota serta mengendalikan isu-isu teknologi. Ibunya juga membantu Marty naik ke pentas apabila dia menerima anugerah diplomanya. Apa yang mungkin tidak dapat dicapai telah pun menjadi kenyataan kerana ada bantuan yang konsisten dan praktikal diterima oleh Marty.

Kasih Seorang Ibu

Ibu bapa Sue bercerai semasa dia masih kecil, isu-isu seperti penjagaannya serta hal-hal lain telah mengakibatkan dia dihantar ke rumah kanak-kanak untuk sementara. Dia dibuli oleh kanak-kanak yang lebih besar daripadanya, dia berasa keseorangan serta ditinggalkan. Ibunya hanya melawat dia sekali sebulan, dan dia jarang berjumpa dengan ayahnya. Namun, beberapa tahun kemudian, ibu Sue memberitahu dia bahawa sewaktu dia tidak dapat melawat Sue dengan kerap kerana terhalang oleh peraturan rumah kanak-kanak, dia berdiri di tepi pagar setiap hari dan berharap agar dapat melihat anak perempuannya itu meskipun sepintas lalu. Dia berkata, “Ada kalanya, ibu hanya akan memerhatikan kamu bermain di taman untuk memastikan kamu berada dalam keadaan yang baik.”